Friday, April 2, 2010

Tertipu

Hari ni nak cerita pasal tertipu... Entah mengapa, hati aku sakit sangat.. Akhirnynya aku tertipu oleh seseorang yang sangat2 aku percaya.. Aku sendiri rasa seperti percaya, tak percaya. manusia ni..paling pandai berkata-kata..memberi janji2 manis...kata2 perangsang tetapi..rupanya evil yang paling besar dalam sejarah hidup ku...
Aku rasa sangat2 bodoh dan dungu... bagaimana aku boleh percaya bulat2 kata2 dia sehingga aku lupa siapa diri ku sebenarnya..uhhhh buduhnya aku... Segala apa yang dia mintak tolong....aku bagi tanpa berbincang dengan org yg sepatutnya aku bincang tapi end up?...aku yang tertipu.
So..kawan2 yang membaca blog ku..jangan tertipu dengan manusia seperti itu..con  con con ...bukan corn yer..kalau corn...aku dah makan dia sampai lumat...ini con yg licik dan evil....
K lah..dah lepas geram...tapi no names mention aaa...tapi ni tidak ade kene mengene dengan kawan2 pejabat tau,,ni kawan luar dari kawasan2 sewaktu dengan pejabat...
Aku bengang...bak kata Akim dalam lagunya...
Mula dari hari ni, aku bernekad tak akan percaya apa2 kata dia lagi..kata2 dia sekarang aku anggap seperti kata2 evil yang penuh dengan tipu daya...
Aku harap, dia akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan penipuan yang dilakukan terhadap aku Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Ehh..Astaghfirullahilazimm...aku insafff................
Kepada kawan2 ku...jauhi lah manusia seperti ini...
Nasihat dari ku..yang TERTIPU...hu hu hu hu hu....

Sunday, March 21, 2010

BAGAIMANA CINTA MENJADI HARAM ?


Menjatuhkan haram pada perasaan cinta ialah apabila ianya menimbulkan kerosakan dan kemudharatan dari sebab memiliki perasaan cinta itu. Misalnya cinta kepada seorang wanita sehingga dirinya (lelaki) melakukan pelbagai perkara haram maka ketika itu cinta ini sudah bertukar kepada haram.
Demikian seorang isteri yang pernah memiliki cinta pertama dengan seorang lelaki sebelum suaminya. Sekiranya cinta pertamanya itu tidak menjejaskan kesetiaan, tanggungjawab dan kasih sayangnya kepada suami dan cinta pertama itu hanya dihati dan menjadi kenangan tanpa pernah mengakibatkan apa-apa kekurangan dalam tanggungjawab dan cintanya pada suami sekarang maka tidaklah dirinya berdosa.
Ini kerana Allah tidak membebani manusia dengan sesuatu yang mereka tidak mampu dan perasaan yang dimiliki oleh manusia ialah sesuatu yang manusia tidak ada kuasa mengawalnya sepenuhnya bahkan wanita itu dibenarkan oleh syarak untuk bernikah lagi setelah diceraikan atau setelah suaminya meninggal dunia. Maka tentu sahaja sebagai manusia apatah lagi wanita mesti sekali-sekala terkenang dan membandingkan perihal suami dahulu dan suami sekarang.

Maka hal ini tidaklah berdosa selama tidak mendatangkan kesan nyata atau kesan mudharat kepada dirinya dan tanggungjawab sebagai isteri. Perkara biasa apabila seorang wanita yang pernah bernikah dan bercinta misalnya akan mengenangkan kisah-kisah lama apabila berlaku sesuatu hal yang mengaitkan perkara hari ini dengan kisah dulu yang pernah berlaku.
Manusia sentiasa hidup di dalam sejarah dahulu.Kerana itu harusnya cinta itu diikat dengan syarak dan Islam kerana apabila seorang wanita itu mengenangkan perihal suami-suaminya yang dahulu maka selama cinta yang pernah terhasil dahulu ialah cinta yang halal maka mengenangkannya juga ialah halal selama ianya tidak membawa mudharat keburukkan.

Tetapi apabila cinta-cinta yang dahulu yang haram misalnya seorang wanita mengenangkan bagaimana dirinya disetubuhi (dizinai) oleh kekasihnya dibawah pokok Mempelam, di bawah lori, di atas jambatan, di bawah tangga, di dalam kelas dan bilik darjah atau mengenangkan kisah-kisah romantik cintanya dengan tunangnya (bukan suami) yang mana semua perhubungan cinta itu tidak syar'ie (tidak menurut agama) maka hukum mengenang kenangan ini ialah haram pada asalnya lagi dan sudah tentu lebih-lebih lagi haramnya apabila dengan mengenangkan kisah ini akan membuatkan berlakunya mudharat kepada keadaan dirinya yang sekarang ini mungkin sudah bergelar isteri kepada orang lain.

PUISI BUAT KAUM ADAM

Sebagai Renungan Buat Kita

Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah
Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.
Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.


Semoga mendapat sedikit iktibar yang boleh kita jadikan contoh untuk mendidik anak -anak kita tergolong dalam kaum ADAM... Aminn...

Sunday, March 14, 2010

KAWANS

buat kawan-kawan yang ku sayangi
semoga kalian sentiasa berbahagia dan gembira ....  

Wednesday, March 10, 2010

NICE WORDS TO REMEMBER

When you say it's impossible
Allah tells you everything is possible
When you say , I feel all alone
Allah tells you never will I leave you
never will I for sake you
When you say I can't do it
Allah tells you, you can do everything through me
I gives you the strength
When you say, I cant solve this...
Allah tells you, I will direct your path
When you say I am afraid...
Allah tells you dont fear, for I am with you..I will strwngthen you and help you
When you say I don't deserve forgiveness...
Allah tells you I have forgiven you
When you say I am tired
Allah tells you come to me, all you who are weary and burdened and I will give you rest
When you say, no one really loves me..
Allah tells you..I love you
When you say, I dont know how to go on...
Allah tells you, I will show you the path...
When you say, what path does Allah have for me...
Allah tells you ,adopt the Islamic path... and when you want to know everythingelse that Allah wants to tell you....Read Quran.....

Tuesday, March 2, 2010