Wednesday, February 24, 2010

KENANGAN INDAH -SWEET MEMORIES

03 FEB 2010 - My 43rd birthday ,kebetulan my husband had to work..biasalah AL Rejected ...so pe lagi celebrate lah dengan anak-anak and kawan2. Hari tu...ambil cuti pergi tengok wayang kat IOI cerita Adnan Sempit...bapak..kelakar tak bole blah.... Pas tengok wayang, makan mee bandung pulak...cite-cite...cite...baru balik rumah... On the way balik...singgah beli kek ...saje nak potong depan anak-anak and husband malamnyer....Hari jadi berakhir dengan biasa jer... Cuma hadiah hari jadi kali ni..agak menarik hati sikit kali nii..apakah itu/..emmm Biarlah Rahsia....

Haaa...sebelah kanan tulah Adnan Sempit..
Cikaaarooo...dalam hati ada taman....

Jeraldine always ask..what is Adnan Sempit..who was Adnan sempit...emm so this is the answer...(refer pic on yr right k...) 



Oh yer...nak bagi tau..kebetulan tiket ERL pergi balik KLIA-PUTRAJAYA pun berakhir pada tarikh yang sama dengan birthday saya... what a coincident yek.... Mesti simpan ni sampai bebila..
Kenangan ni......Susah nak kebetulan cam ni..ehh..terlebih sudahhh....

Emmm...kat bawah punye pic ni... tiket wayang
cite LU FIKIRLAH SENDIRI... lakunan Nabil..Cerita tak sehebat Adnan sempit ...Lansung tak lawak...cuma ada sedih sket lah satu part tu... Haaa... yang ni pergi tengok semalam 24 FEB 2010...sempena my Wedding Aniversary...Nak wat cam mana..Husband kerja jugak..So...celebrate sorg diri gak..tapi alhamdulillah...anak2 ku Nurul dan Firdaus ada sekali... ehem..tapi mereka tak tengok pun...he he

 Semalam...sedang tunggu mata nak lelap...sempatlah jugak kemas-kemas almari lama..banyak jugaklah barang2 lama yang saya jumpe...Salah satunye saya terjumpa majalah sekolah lama.. Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh , Kuala Lumpur... Aduss..terhimbau kenangan lama yang amat indah... Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5..Pas tu further lower six kat Maxwell School Jln Sultan Ismail...before further up to TGG...


 ERRRKK...what was that on the left side ni???...Macam pernah tengok imbasan wajah tu...tapi kat mana yek... Celah ape tu?...Celah bedah?..celah awan ? ehh...sape tu?..You all fikirlah sendiri...siapa...atau kalau tak dapat teka...maka bak kata Siti Nurhaliza...BIARLAH RAHSIA ..asal kan dia bahagia


On your right ni...namanya MUMU...given to me some
time ago by Razee..At that time, MUMU still a small thin cactus but still looked fresh...but...now Lihatlah Dunia...what a healthy MUMU I had ...Masa Hari Raya 2009 
tetiba MUMU telah berbunga...what a pleasant surprise to me..cantik sangat bunga nya...warna kuning dan berkembang sihat...Thank you to Razee...I will take care of MUMU forever....Oh ye..next to MUMU tu new friend of it (bukan gambar  yang sebelah kiri ye..yang kiri tu my daughter Nurul he he ) gambar atas tu.......
...no names yet coz still new.. Any of you all wants to give it a name..just let me know okay.. he he he...  



Okay lastly....gambar sebelah ni pun fall into kenangan Catergory jugak.. Memori tengah makan cho chin fan (eee.. betul ke ejaan ni..emm apa-apalah kan )...bought from level 4... he he...EMMM...sedapnyer eny menjamu seleranyer...Tapi, kalau tak salah saya...masa tu bende tu tersilap di adun...instead of kuah curry, that girl put in kuah manis...betul kan eny...so ...selera eny agak kurengg sket masa tu... 
Okay..I think that is all about my sweet memory so far...Actually theres  a lot more but...maybe next time I will write again...Happy Always 

Tuesday, February 23, 2010

Kawan-Kawan Seperjuangan


Hari ni nak cite pasal kawan-kawan dikeliling saya...Mereka semua manusia-manusia ceria yang selalu membuatkan saya selalu tergelak dan gembira di Pejabat...dari dulu kini dan selamanya....
Sebelah kiri..Ms Eny yang glamourous....
always sexy and hot...hot mama lah katakan... Yang sebelah kanan...Razee, emm...sikap membeli-belah tu kira samalah macam saya...orang kata..pantang ada duit..disitu ada jalan untuk bershopping..bila dah kering dok diam-diam...tggu next pay..he he he...
Haa...yang sebelah kiri ni pulak..."pendatang dengan izin " bernama Linda Lum..(nama glamour tu )yang tetiba muncul kat office admin...Si comel ni ...sangat nakal dan sangat2 suka mengusik orang-orang dalam office ni...sampaikan Boss pun dia usik.aca aner???... Mentang2lah pendatang dengan izin...manja gilerr...
Apa-apa pun hatinya baik..bak kata adnan sempit.."ada taman dalam hati "... Taman apa...x tau lah..taman hutan hujan tropika ke..khatulistiwa ke...taman botanical ke..atau bonsai...janji taman..kira sejuklah mata memandang

He he yang ini...boss kepada yang ada taman dalam hati tu...Naman dia Ms Jeraldine Koh Seorang anak gadis yang comel ala-ala princess cinderella..atau snow white....seven dwaft dia...lupa nak upload gambar lah...sebab seven dwaft dia jarang datang office...kalau ada meeting je datang...(siapakah seven dwaft itu/...emmm sendri pikir aik)...
Okay..yang sebelah kiri ni...Puan Mahanom...sahabat seperjuangan yang dolu-dolu masa kat Golden Lounge dulu. Seorang yang tegas tetapi baik hati... Serius...tapi kelakar jugak.. Nasib dia dengan saya seakan-akan sama...Dua-dua sedang menghadapi dugaan kerana ayah nya pun sakit seperti ayah saya juga... Dulu kami sama-sama kerja shift pagi je kat lounge...tak kisah pasal pangkat...janji pagi. Tapi kami ingat panas sampai ke petang...rupa2nya hujan kat tengah highway...AM shift dibubarkan...maka berpisahlah kami sehingga kini... Tapi kenangan semasa sama-sama bertugas sangat2 best..dah amat indah...
Haaa...jejaka kat sebelah kanan ni...si gondrowok yg bernama ridzzuan..atau nama manja ridzchoorole..Sangat2 nakal dan sangat berlagak...dia ingat dia org jepun...tapi dia lupa dia pemegang passport malaysia..aca aner?...Jenuh saya nak sedarkan dia dari mimpi indah dia...tapi gagal lagi... Biarlah dia dengan dunia dia... Tapi sayang dia dah berenti dari MAS sebab cuba membina masa depan yang lebih gemilang...aminnn...doa buat dia semoga berjaya....Apa-apa pun dia seorg kawan yang baik dan banyak memberi saya inspirasi...
 Sebelah kiri ni Rafizza si tomei-tomei...dearest adik yang manja dan kelakar... seorang isteri dan ibu yang tabah dan pandai berniaga... saya sangat respect dengan ketabahan dia... Love you totei-totei.....
Buat masa ni...inilah saja sempat saya update dalam blog kali ni...sebab nak cepat...nak balik...half day today ..Oh ye...today is my anniversary ....thats why i am taking half day...ala-ala nak celebrate lah katakan...So chow dulu .......ooops ada gambar tambahan kat bawah ni tu...sudi2kan tatap...
Kat atas ni sebab apa nyorok belakang Yasmi's banana ni....Kat bawah ni untuk tatapan semua...all my dearest friends...I love all of you so so much....Tanpa you all, sunyi lah saya..erkkk tersastra lebih lak...
Jumpa lagi//.... Linda jangan jealous ye...sbb kak wann sempat wat satu lagi blog...he he he he.... 

BAPAK KU TERSAYANG

Bapak..seorang insan yang paling aku sayangi selepas arwah emak... Sejak pemergian emak, bapak cuba menyembunyikan keresahan, kesunyian dan kemurungan hatinya pada kami anak-anaknya. Tapi teserlah juga..kesedihan itu. Masa berlalu...bapak dapat sedikit sebanyak menolak tepi kesedihan nya dengan adanya aku dan anak-anak ku disampingnya. 
Bapak sering bercerita tentang hari-hari yang dilaluinya setiap hari...bapak selalu memasak bermacam-macam jenis juadah. Apatah lagi kalau di bulan puasa. Setiap kali aku pulang dari kerja, pasti ada sesuatu yang special untuk aku dan suami ku... Kalau bapak tidak memasak, pasti dia kan usahakan membelinya dari kedai.. Setiap ada pasar malam, pasti bapak akan pergi mencari satay untuk kami anak beranak....
Tapiii....itu semua dulu...bapak kini terlantar akibat angin ahmar yang agak serius. Bapak tidak seperti dulu walaupun semangatnya masih ada. Setiap hari bapak berangan untuk berjalan semula , tetapi dugaa Allah itu mengatasi segalanya. Hanya doa ku pohon agar Allah meringan beban dan dugaan dari NYA yang maha agung. Doa ku sentiasa untuk bapak tersayang... semoga sihat selalu... Aku akan tetap menjagamu walau terpaksa berkorban masa dan tenaga....Aku akan pastikan hati mu tidak akan terluka walau sebesar zarah sekalipun..Itu janji anakmu...Peluk cium buat bapak tersayang... 

Monday, February 22, 2010

Kalau aku menangis hari ini..
Bermakna dalam kesedihan..
Telah jatuh air mata di lautan diri..
Aku tahu waktu itu...
Aku hanya hamba kepadaNYA..
Terlalu kerdil di dunia fana ini

 
Dan keranaNYA hari ini..
Aku cuba kembali tenang melihat
Segala kekusutan diri..
Dan pengalaman hidup,
Memberi aku kekuatan untuk terus berdiri sebagai hambaNYA..




PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK

Hari ni nak bagi tips macam mana nak mengenal lelaki baik...baikk ker..

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan keranaterlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim danjadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Wallahu'alam. .. sumber: Dr.tuah

Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Wednesday, February 17, 2010

hari yang ceria

Hari ni ...happy sangat ...semua kengkawan ada...tapi ada sorang tu tersentap sket sebab gambar dia tak de dalam blog saya..emmm...siap sentap. Kenapa hari ni rasa macam kurus sket yek...mungkin baju yang besar kut... Tapi apa-apa pun...kira ok lah sebab rasa badan ringan sket... jangan dengki ye linda..erkk...nape linda?...oh sebab dia gemuk dari kak wann agaknye... Eny first time balik kerja after long MC...sian dia...selamat kembali bekerja eny.... Razee...sabar ye tunggu PMS review...sejuk2kan diri dengan blog-blog kengkawan yek...erkk...time kerja leh surf blog kerr...
Apa-apa pun hari ni sangat ceria....

Tuesday, February 16, 2010

sehari dipejabat


Emmm...hari ni amat membosankan...teman sepejabat ada yang cuti, ada yang mc ...boss pun tak de sebab meeting...tinggal aku dengan seorg teman pejabat...nasib baik kepala kami sama...boleh ngam borak2 pasal family... at least terubat jugaklah rasa bosan ni....

Tadi ada sessi bergambar dengan kawan lama...
terubat sket rasa sunyi...

BLOG KU

SALAM SEMUANYA...SELAMAT LAYARI KE BLOG SAYA ....SEMOGA ANDA BAHAGIA SELALU.....THIS IS MY FIRST TRIAL....